Bayi 2 Bulan DICULIK & DIROGOL Selama 2 Jam Hingga 'HANCUR'
INDIA: Seorang bayi berusia 11 bulan didakwa diculik dan dirogol oleh jiran bayi itu di Delhi.
Bayi tersebut, sedang tidur bersama ibunya di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis apabila dibawa ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol sekitar pukul 10.00 malam, menurut polis seperti yang ditukil oleh laman Metro.
Ibu bayi berkenaan hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan memaklumkannya kepada polis.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera mengejarkannya ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay.
Seorang pegawai kanan polis berkata: “Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk. Para doktor di hospital berkata keadaan beliau serius.”
Menurut laporan laman Metro, setelah menjumpai telefon mudah alih berdekatan bayi berkenaan, polis dapat mengesan suspek yang terlibat.
Beliau menambah: “Pasukan polis mendapat bantuan menerusi penemuan telefon bimbit bagi mengesan lokasi suspek. Kami mengesan suspek sehingga kem pekerja.”
Menurut polis, suspek lelaki itu tinggal bersama para pekerja lain dalam bangunan tersebut dan dia mengaku menculik bayi tersebut sekitar pukul 10.00 malam.
Polis menambah: “Dia kata dia menculik bayi tersebut dan membawanya ke kawasan semak bersebelahan longkang dan merogolnya selama hampir dua jam.”
Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar, lapor laman Metro.
Bapa bayi itu kemudian memberitahu polis: “Saya ngeri melihat keadaan anak saya. Bajunya koyak dan terdapat kesan-kesan kuku di merata tubuh beliau. Kecederaan teruk yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak saya.”
Bayi 2 Bulan DICULIK & DIROGOL Selama 2 Jam Hingga 'HANCUR'
Reviewed by Ahmad Zulkifli
on
7:43 AM
Rating:
No comments: