Jangan Buka Aib Suami, Dosa Besar! – Wanita Ini Kongsi Tips Nak Suami ‘Ikut’ Cakap Isteri
Perselisihan faham merupakan asam garam kehidupan berumahtangga, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula hubungan suami dan isteri. Oleh itu, setiap pasangan hendaklah saling mengalah dan bertolak ansur.
Tapi, kalau dapat pasangan yang ego, degil dan kepala batu pun susah juga. Jom baca perkongsian wanita ini mengenai tips nak menjadikan suami ‘ikut cakap isteri’. Nampak simple, tapi penting!
Jangan buka aib suami, dosa besar
Bagaimana menjadikan suami anda “mengikut cakap isteri”Percaya tidak, di setiap perubahan suami adalah tanggunjawab isteri, secara jujur. Sebagai isteri pengorbanan yang dilakukan juga mestilah sama level macam mana suami buat.Kakfel tengok ramai isteri sekarang suka sangat sangat keras kepala dan ego, (kakfel dulu macam tu), mereka selalu lupa yang tempat isteri masih di bawah suami. Bagaimana nak membentuk suami menjadi baik adalah dengan menjadi isteri yang baik.Kakfel selalu tanam dalam diri, aku nak dia perfect tapi adakah aku dah cukup perfect, lumrahlah bila tergigit lidah. Lumrah juga ter merajuk sakan.Perkara utama, jangan buka aib suami, jangan layan rasa sakit hati. Itu DOSA BESAR. Kadang kita nampak remeh, tapi sebenarnya dosa itu mebawa masalah dalam rumahtangga.
Bila gaduh tegur secara baik, buat kopi & bincang
Susah nak cakap, bila gaduh perasaan mesti stress tambah-tambah kalau suami ada buat kita marah kan. Kalau cara kakfel, kakfel tegur secara baik, tunggu dia balik kerja, buat kopi dan bincang. Kalau tak boleh jugak kakfel cuba mesej. Dan kalau susah jugak kakfel guna kasih sayang, means kakfel akan buat baik terlajak dengan dia, sampai dia kesian untuk nak buat yang tak baik untuk kakfel.Macam kakfel pun, selalu tanya dia, “B u perasan tak perubahan I sepanjang kahwin? Supaya kakfel selalu tahu suami sedar dan lihat kita berusaha kepada yang lebih baik. ”Rasa keras kepala, penting diri, rasa diri betul semua tolak tepi. Malam malam buang jauh jauh ego, mintak maaf untuk apa sahaja yang kita buat sedar atau tak.
Balik ke jalan Allah, doa
So pengakhiran adalah sebenarnya yang utama, iaitu DOA SEORANG ISTERI. Jika kita lupa bagaimana nak menjadi yang solehah, kita balik ke jalan Allah. Sampai mati sekalipun suami tetap di atas dan kita hanya di bawah. Bukan menjadi hamba. Tapi menjadi bidadari suami hingga ke syurga.#tipsfelinnanadeaTerima kasih suami yg banyak bimbing kakfel, kami kuat kerana kami ada satu sama lain. Semoga Allah pelihara hubungan ini dan panjangkan umur kami suami isteri.
sumber: Felinna Nadea Ed Fattah
Jangan Buka Aib Suami, Dosa Besar! – Wanita Ini Kongsi Tips Nak Suami ‘Ikut’ Cakap Isteri
Reviewed by Ahmad Zulkifli
on
10:56 PM
Rating:
No comments: