Berang Di’Boo’ Kerana Menentang Akta 355, Siti Kassim Hadiahkan ‘Jari Tengah’

Peguam-siti-kassim-penentang-hukum-allah
Berang Di’Boo’ Kerana Menentang Akta 355, Siti Kassim Hadiahkan ‘Jari Tengah’
Peguam kontroversi, Siti Kassim menunjukkan isyarat lucah ‘jari tengah’ terhadap hadirin dalam Wacana Sinar Harian selepas pertanyaan beliau berhubung Akta 355mendengar reaksi negatif daripada penonton.
Sebelum itu, Siti Kassim bangkit berdiri mempertikaikan hujah-hujah ahli panel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyokong pindaan akta tersebut, mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.
Kata Siti dia adalah orang Melayu dan Islam tetapi mengapa perlu mematuhi segala undang-undang sedemikian.
“Saya seorang Melayu dan seorang (beragama) Islam tetapi kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini.
“Antara saya dengan Tuhan, kenapa saya kena ikut cara Islam kamu?” kata Siti yang mendapat reaksi sorakan hingar daripada hadirin.
“Saya tidak peduli sekiranya akta ini diluluskan tetapi saya rasa dipaksa sebagai seorang Melayu dan Islam di Malaysia,” bentak Siti Kassim lagi.
Melihat perkara itu, hadirin mula membuat bising dan sebelum Siti Kassim duduk, beliau sempat menunjukkan isyarat lucah ‘jari tengah’ kepada hadirin yang majoriti tidak bersependapat dengannya.

Wacana itu membincangkan tajuk Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi – merujuk kepada cadangan dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa parti itu bertujuan memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah.
Antara yang hadir terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Meru Dr Rani Othman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapa.
Panel jemputan bagi membincangkan tajuk itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu. – Malaysiakini, TheRakyatPost
Berang Di’Boo’ Kerana Menentang Akta 355, Siti Kassim Hadiahkan ‘Jari Tengah’ Berang Di’Boo’ Kerana Menentang Akta 355, Siti Kassim Hadiahkan ‘Jari Tengah’ Reviewed by Ahmad Zulkifli on 8:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.